President Theodore Roosevelt

Theodore Roosevelt, Jr. (Jawi: ‏ثيئدور روزۏيل‌ت⹁ جونيئر‎code: ms is deprecated ‎; 27 Oktober 18586 Januari 1919) atau dikenali dengan T.R. dan di kalangan masyarakat dikenali dengan Teddy (walaupun beliau sendiri tidak menyukai nama panggilan ini) adalah Presiden Amerika Syarikat yang ke-26 (1901–1909). Beliau menggantikan presiden William McKinley yang dibunuh, lalu dipilih sebagai presiden. Pada usia 42 tahun, Roosevelt ialah presiden Amerika Syarikat yang termuda. Roosevelt ialah ahli Republikan.Ketika tempoh pertama, beliau tidak melantik naib presiden, namun pada tempoh kedua beliau melantik Charles W. Fairbanks sebagai naib presiden. Presiden ini merupakan dekat presiden Franklin Delano Roosevelt yang lebih terkenal. Nama boneka mainan beruang Teddy, dinamakan sempena nama Roosevelt kerana dahulu,pada saat beliau berburu, beliau enggan membunuh seekor anak beruang.Theodore Roosevelt adalah Presiden Amerika Syarikat yang Ke-26. Berkhidmat dua tempoh jawatan iaitu dari tahun 1901 hingga 1909. Sebelum menjadi presiden Roosevelt adalah naib presiden di bawah Presiden William McKinley. Theodore Roosevelt dilahirkan di kota New York pada 27 Oktober 1858. Beliau berasal daripada keluarga yang sederhana.